Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa : 10.45 pagi
Tempat: Masjid Al Falah, USJ 9.
Penceramah: Yg Berbahagia Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz
Terdapat 3 kumpulan di Padang Mahsyar.
1. Kumpulan yang masuk syurga tanpa hisab.
2. Kumpulan yang masuk neraka tanpa hisab.
3. Kumpulan yang menunggu untuk diadili di Mahkamah Allah.
Di dalam kumpulan yang ketiga iaitu kumpulan yang menunggu, terdapat 7 jenis manusia yang Allah selamatkan.
1. Pemimpin yang adil.
2. Anak muda remaja yang dididik dalam suasana beribadat.
3. Orang yang jiwanya terikat pada masjid.
4. Orang yang ingat Allah lalu menitis airmatanya.
5. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah Taala.
6. Orang yang bersedekah lalu ia merahsiakan sehingga tangan kirinya pun tidak mengetahui.
7. Orang lelaki (perempuan) yang bila diajak oleh seorang perempuan (lelaki) bersekedudukan atau berbuat tidak baik lalu dijawabnya, "Saya takut Allah."
Anakanda-anakanda masih muda remaja, masih boleh memilih untuk masuk mana-mana golongan yang anakanda-anakanda suka atau mampu buat; malah boleh masuk lebih dari satu golongan yang tersenarai.
Ayahanda dan bonda sudah terlajak umur, tapi masih dan sangat-sangat mengharap akan ihsan Allah.
Oleh itu jangan sia-siakan usia yang masih muda dan tenaga yang masih kuat. Peluang menjadi Ahli Syurga terbentang luas. Mudah-mudahan amal dan doa anakanda-anakanda yang soleh dan solehah dapat menyelamatkan ayahanda dan bonda daripada siksa azab api neraka. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment