Kehebatan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
1. Ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah, Rasulullah SAW menjawab:
1. Ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah, Rasulullah SAW menjawab:
"Jibrail datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim."
(Darulquthni dan Ibnu Umar RA)
2. Sabda Baginda SAW lagi:
i) "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain?"
(Imam Bukhari dari Jabir)
ii) "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat dan bertambahlah iman para Malaikat. Dan tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya."
(Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah RA)
iii) "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiim selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
(Dari Anas bin Malik)
(Dari Anas bin Malik)
iv) "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai."
(Dari Abu Hurairah RA)
v) "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."
(Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a.)
(Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a.)
vi) "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.
(Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud RA)
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah.
No comments:
Post a Comment