Tuesday, August 31, 2010

Ahli Syurga

Tarikh:  31 Ogos 2010
Masa :  10.45 pagi
Tempat:  Masjid Al Falah, USJ 9.
Penceramah:  Yg Berbahagia Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz


Terdapat 3 kumpulan di Padang Mahsyar.
1.  Kumpulan yang masuk syurga tanpa hisab.
2.  Kumpulan yang masuk neraka tanpa hisab.
3.  Kumpulan yang menunggu untuk diadili di Mahkamah Allah.


Di dalam kumpulan yang ketiga iaitu kumpulan yang menunggu, terdapat 7 jenis manusia yang Allah selamatkan.
1.  Pemimpin yang adil.
2.  Anak muda remaja yang dididik dalam suasana beribadat.
3.  Orang yang jiwanya terikat pada masjid.
4.  Orang yang ingat Allah lalu menitis airmatanya.
5.  Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah Taala.
6.  Orang yang bersedekah lalu ia merahsiakan sehingga tangan kirinya pun tidak mengetahui.
7.  Orang lelaki (perempuan) yang bila diajak oleh seorang perempuan (lelaki) bersekedudukan atau berbuat  tidak baik  lalu dijawabnya, "Saya takut Allah." 


Anakanda-anakanda masih muda remaja, masih boleh memilih untuk masuk mana-mana golongan yang  anakanda-anakanda suka atau mampu buat; malah boleh masuk lebih dari satu golongan yang tersenarai.  


Ayahanda dan bonda sudah terlajak umur, tapi masih dan sangat-sangat mengharap akan ihsan Allah.  


Oleh itu jangan sia-siakan usia yang masih muda dan tenaga yang masih kuat.  Peluang menjadi Ahli Syurga terbentang luas.  Mudah-mudahan amal dan doa anakanda-anakanda yang soleh dan solehah dapat menyelamatkan ayahanda dan bonda daripada siksa azab api neraka.  Insya Allah.

Monday, August 30, 2010

Honesty

Honesty 
is the first chapter
in
the book of wisdom.

Iman Seorang Hamba Allah

Iman seorang hamba Allah tidak akan lurus
sebelum hatinya lurus,
Hati seorang hamba Allah tidak akan lurus
sebelum lidahnya lurus.

Fatwa 23 Mac 1995

23 Mac 1995: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah HARAM menurut pandangan Islam.

Sulam Hari-Hari Dalam Ramadhan dengan ...............

Wahai Anak Adam

Sebuah riwayat dari Anas RA berkata:
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah berfirman, 

"Wahai Anak Adam! 
Sungguh apa yang engkau mohon dan rayu kepadaKu, 
Aku perkenankan 
selagi mana engkau berterusan tanpa melupaiKu; 
Wahai Anak Adam! 
Kiranya dosamu itu sejauh saujana mata memandang hingga ke langit 
kemudian engkau mohon ampun daripadaKu, 
Aku ampunkan; 
Wahai Anak Adam!
 Kiranya engkau datang kepadaKu dengan dosa memenuhi bumi, 
dan engkau datang dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun,
maka 
Aku akan datangimu dengan penuh keampunan 
atas dosa seisi bumi itu."

Sunday, August 29, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله



Every time you feel like you cannot go on,
you feel so lost and that you're so alone,
all you see is night and darkness all around,
you feel so helpless, you can't see which way to go,
don't despair and never lose hope,
cause Allah is always by your side.

Insya Allah, insya Allah, insya Allah,
you'll find your way,
Insya Allah, insya Allah, insya Allah,
you'll find your way.

Every time you commit one more mistake,
you feel you can't repent and that it's way too late,
you're so confused, wrong decision you have made,
haunt your mind and your heart is full of shame,
don't despair and never lose hope,
cause Allah is always by your side.

Turn to Allah, He's never far away,
put your trust in Him, raise your hands and pray,
oh ya Allah, guide my steps don't let me go astray,
Your're the only one who can show me the way,
show me the way, show me the way, show me the way.

Insya Allah, insya Allah, insya Allah,
we'll find our way,
Insya Allah, insya Allah, insya Allah,
we'll find our way.

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 6/6)

Akhirnya Imam Al Gazhali bertanya lagi.

Imam Al Ghazali:  Apakah yang paling tajam di dunia?
Murid-muridnya dengan serentak menjawab:  Pedang!


Imam Al Ghazali:  Itu benar tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia.


Di antara penyakit-penyakit lidah ialah:
1.      Menutur perkataan yang tidak berguna.
2.     Mengejek, mencaci dan mengumpat.
3.     Berkata dusta, sumpah palsu, menceritakan rahsia.
4.     Mengutuk dan melaknat dan berkata-kata lucah.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaNya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya."
 (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 


"Berbahagialah bagi orang yang mampu mengawal lidahnya, dan luas rumahnya, dan menangis (kerana menyesali) kesalahannya."


(Hadis Hasan daripada Tsauban RA Riwayat Thabarany)




Wednesday, August 25, 2010

Four College Students

One Night 4 College Students Were Playing Till Late Night and Didn't
Study For The Test, Which Was Scheduled For The Next Day.

In the morning they thought of a plan. They made themselves look as
dirty and weird with grease and dirt. They then went up to the Dean and
said that they had gone out to a wedding last night and on their return
the tyre of their car burst and they had to push the car all the way
back and that they were in no condition to appear for the test.

So the Dean said they can have the re-test after 3 days. They thanked
him and said they will be ready by that time. On the third day they
appeared before the Dean. The Dean said that as this was a Special
Condition Test, all four were required to sit in separate classrooms for
the test.


They all agreed as they had prepared well in the last 3 days.

The Test consisted of 2 questions with the total of 100 Marks.



Q.1. Your Name.........................(2 MARKS)


Q.2. Which tyre burst?...............(98 MARKS)
         a) Front Left
         b) Front Right
         c) Back Left
         d) Back Right 

Lighten Up!

1.   Who is Frosty the Snowman's favorite Aunt?
      --Aunt Artica!

2.   Why do bees hum?
      --Because they don't know the words.


3.   What did one autumn leaf say to another?
      --"I'm falling for you.”


4.   What word is always spelled incorrectly?
      --incorrectly!


5.   Why are fish so smart?
      --Because they live in schools!



6.   Why do birds fly south in the winter?
      --Because it´s too far to walk!



7.   Do zombies eat popcorn with their fingers?
      --No, they eat the fingers separately.

Kisah Seorang Arab Desa

Daripada Sayyidina Khalid Bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah!  Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka Baginda S.A.W. telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki. " 

Arab Desa             :    Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W.    :    Sentiasa berada dalam keadaan bersih, nescaya Allah akan memurahkan rezeki. 

Arab Desa             :   Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W.     :   Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang alim.

Arab Desa             :   Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Baginda S.A.W.    :   Jadilah orang yang yakin pada diri, maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Arab Desa            :   Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W    :   Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Arab Desa           :   Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W   : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat, maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Arab Desa          :   Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah . 
Baginda S.A.W.  :   Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Arab Desa          :   Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W.  :   Perelokkan akhlakmu nescaya, imanmu akan sempurna.

Arab Desa          :   Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W.  :   Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu kurangnya engkau yakin.  Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.

Arab Desa          :   Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W.  :  Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan, maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Arab Desa          :   Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa. 
Baginda S.A.W.  : Bersihkan dirimu daripada najis dosa, nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Arab Desa          :   Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. 
Baginda S.A.W. :  Jangan menzalimi seseorang, maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Arab Desa          :   Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W. :   Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain, nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Arab Desa          :   Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W. :   Banyakkan beristighfar, nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

Arab Desa          :   Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W. :  Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain, nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Arab Desa          :   Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W. :   Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah, nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Arab Desa          :   Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan RasulNya.
Baginda S.A.W. :   Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan RasulNya, maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Arab Desa          :   Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W. :  Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan RasulNya.

Arab Desa          :   Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W.  :  Jauhilah makanan haram, nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Arab Desa          :   Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W.  :  Tutuplah keburukan orang lain, nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Arab Desa           :   Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W.  :   Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Arab Desa          :   Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W.  :  Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Arab Desa           :   Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah? 
Baginda S.A.W.  :   Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Arab Desa           :    Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W.  :    Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

Arab Desa           :   Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W.  :   Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Tuesday, August 24, 2010

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 5/6)

Imam Al Ghazali bertanya lagi kepada anak muridnya.


Imam Al Ghazali:  Apa yang paling ringan di dunia ini?


Anak murid 1    :  Kapas.
Anak murid 2    :  Angin
Anak murid 3    :  Debu
Anak murid 4    :  Daun


Semua jawapan kamu itu benar tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat.


"Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'." (Al Mudassir : 42-43)


Rasulullah SAW bersabda, "Lima waktu sembahyang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 
               "Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan solat."  


Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 4/6)

Kemudian Imam Al Ghazali bertanya lagi.


Imam Al Ghazali:  Apakah yang paling berat di dunia?


Anak Murid 1   :  Batu
Anak Murid 2   :  Besi
Anak Murid 3   :  Gajah


Imam Al Ghazali:  Semua itu berat tapi yang paling berat adalah memegang amanah.


"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak apa pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sangggup memikulnya.  (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."  (Surah Al Ahzab:72) Banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang dan menjalankan amanah.

Monday, August 23, 2010

Edcoustic - Muhasabah Cinta

Hijab Kekasih ( M Nasir)

Come My Sweetheart by Maulana Jalaluddin Rumi

(There is only one Maulana in Turkey - Maulana Jalaluddin Rumi, known as one of the greatest mystic poets of  Islam.  In Turkey, he is known simply as 'Mevlana,' and his followers go by the title of 'Mevlevi.'  But his poems and mystical teachings are known throughout the Muslim world.)

Come My Sweetheart

come on sweetheart
let's adore one another
before there is no more
of you and me

a mirror tells the truth
look at your grim face
brighten up and cast away
your bitter smile

a generous friend
gives life for a friend
let's rise above this
animalistic behavior
and be kind to one another

spite darkens friendships
why not cast away
malice from our heart

once you think of me
dead and gone
you will make up with me
you will miss me
you may even adore me


why be a worshiper of the dead
think of me as a goner
come and make up now


since you will come
and throw kisses
at my tombstone later
why not give them to me now
this is me

that same person


i may talk too much
but my heart is silence
what else can i do
i am condemned to live this life

Smile

One of my favourite pictures:
P/S:  Love you guys always and thank you very much.
        Bushra, hope to see more of your beautiful shots.

One of my favourite songs:

Smile

Smile though your heart is aching,
smile even though it's breaking,
when there are clouds in the sky,
you'll get by.

If you smile through your fear and sorrow,
smile and maybe tomorrow,
you'll see the sun come shining through
for you.

Light up your face with gladness,
hide every trace of sadness,
although a tear maybe ever so near,
that's the time you must keep on trying,
smile, what's the use of crying,
you'll find that life is still worthwhile,
if you just smile.

(lyrics:  Charlie Chaplin/Nat King Cole version)

-Michael Jackson-

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 3/6)

Kemudian Imam Al Ghazali bertanya lagi kepada anak muridnya.


Imam Al Ghazali:  Apa yang paling besar di dunia ini?


Anak murid 1    :  Gunung.
Anak murid 2    :  Matahari
Anak murid 3    :  Bumi


Imam Al Ghazali:  Semua itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah hawa nafsu.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai."  (Al  A'Raaf:179)

Sunday, August 22, 2010

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episode 2/6)

Seterusnya Imam Al Ghazali bertanya pada anak muridnya.

Imam Al Ghazali:  Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Anak murid 1    :  Negeri Cina
Anak murid 2    :  Bulan
Anak murid 3    :  Matahari
Anak murid 4    :  Bintang-bintang

Imam Al Ghazali:  Semua itu benar tetapi yang paling benar ialah masa lalu.

Bagaimana kita, apapun kepakaran dan apapun kenderaan kita ada, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa nan lalu.  Oleh itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam agar kita tidak menyesal di kemudian hari.  Sebagai contoh, sementara masih mempunyai ibubapa di dunia ini jalankan tanggungjawab kepada mereka serta jagalah adap dan akhlak terhadap mereka.  Jangan penyesalan tiba ketika mereka sudah tiada di dunia ini.  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 1/6)

Suatu hari Imam Al Ghazali berkumpul dengan anak muridnya lalu berliau bertanya.


Imam Al Ghazali:  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


Murid 1:               Orang tua.
Murid 2:               Guru.
Murid 3:               Teman.
Murid 4:               Kaum kerabat.


Imam Al Ghazali:  Semua jawapan itu benar tapi yang paling dekat dengan kita ialah mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.  Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka akan dimasukkan ke Syurga maka sesunggguhnya ia telah berjaya.  Dah (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tiada lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  (Ali Imran:  185)

Friday, August 20, 2010

Berbuat Kebaikan

"Apabila kamu terasa letih kerana berbuat kebaikan,
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan 
kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan
dosa yang dilakukan akan terus kekal."

Saiyiddina Ali R.A.

Remember who loves you the most.....


























A lot of times I get angry about what you say or do,
but never forget I always love you,  
and never forget who loves you the most.

Thursday, August 19, 2010

Solehah....


Semoga cerdikmu 
secerdik Aisyah,
Cantikmu 
secantik Ainul Mardhiyah,
Pengorbananmu 
setinggi Sumayyah,
Ikhlasmu 
seikhlas Rabiatul Adawiyah,
Dan tempatmu di Jannah indah.

Jentayu

Jentayu, 
patah sayap bertongkat siku,
patah siku bertongkat paruh,
patah paruh bertongkat dagu.

Selagi Allah meminjamkan nafas,
putus asa jangan ada dalam kamus,
doa dan tawakkal senjata dan perisai,
pada Allah diri diserah.

Ten Simple Ways To Be Remembered Affectionately.

Dearest anakanda-anakanda,

1.  Speak to people.  There is nothing as nice as a cheerful greeting.
2.  Smile.  It takes 72 muscles to frown; only 14 to smile.
3.  Call people by name.  Everyone is pleased when you remember his/her name.
4.  Be friendly and helpful.  And others will respond in like manner.
5.  Speak and act as if everything you do is a genuine pleasure.
6.  Be genuinely interested in people.
7.  Be generous with praise; cautious with criticism.
8.  Be considerate with the feelings of others, it will be appreciated.
9.  Be thoughtful of the opinions of others.  There are 3 sides to a controversy;  
                                                                   yours,  the other person and the right.
10.Be willing to give service.  What counts most in life is what we do for others.

Not that simple actually, especially bila hati sedang marah and sedih, but InsyaAllah  Allah bantu.
Di mana ada kesungguhan, di situ ada jalan.