Daripada Sayyidina Khalid Bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka Baginda S.A.W. telah berkata kepadanya :
" Tanyalah apa yang engkau kehendaki. "
Arab Desa : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W. : Sentiasa berada dalam keadaan bersih, nescaya Allah akan memurahkan rezeki.
Arab Desa : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W. : Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang alim.
Arab Desa : Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Baginda S.A.W. : Jadilah orang yang yakin pada diri, maka engkau akan jadi orang paling kaya.
Arab Desa : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
Arab Desa : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat, maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
Arab Desa : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah .
Baginda S.A.W. : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
Arab Desa : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W. : Perelokkan akhlakmu nescaya, imanmu akan sempurna.
Arab Desa : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W. : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu kurangnya engkau yakin. Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.
Arab Desa : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W. : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan, maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Arab Desa : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W. : Bersihkan dirimu daripada najis dosa, nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
Arab Desa : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Baginda S.A.W. : Jangan menzalimi seseorang, maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.
Arab Desa : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W. : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain, nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.
Arab Desa : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W. : Banyakkan beristighfar, nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.
Arab Desa : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W. : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain, nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
Arab Desa : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W. : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah, nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.
Arab Desa : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan RasulNya.
Baginda S.A.W. : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan RasulNya, maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
Arab Desa : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W. : Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan RasulNya.
Arab Desa : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W. : Jauhilah makanan haram, nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
Arab Desa : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda S.A.W. : Tutuplah keburukan orang lain, nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
Arab Desa : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W. : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
Arab Desa : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W. : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).
Arab Desa : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W. : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
Arab Desa : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W. : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.
Arab Desa : Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W. : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
No comments:
Post a Comment