Sunday, August 22, 2010

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 1/6)

Suatu hari Imam Al Ghazali berkumpul dengan anak muridnya lalu berliau bertanya.


Imam Al Ghazali:  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


Murid 1:               Orang tua.
Murid 2:               Guru.
Murid 3:               Teman.
Murid 4:               Kaum kerabat.


Imam Al Ghazali:  Semua jawapan itu benar tapi yang paling dekat dengan kita ialah mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.  Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka akan dimasukkan ke Syurga maka sesunggguhnya ia telah berjaya.  Dah (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tiada lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  (Ali Imran:  185)

No comments:

Post a Comment