Sunday, August 29, 2010

Imam Al Ghazali Dan Anak Muridnya (Episod 6/6)

Akhirnya Imam Al Gazhali bertanya lagi.

Imam Al Ghazali:  Apakah yang paling tajam di dunia?
Murid-muridnya dengan serentak menjawab:  Pedang!


Imam Al Ghazali:  Itu benar tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia.


Di antara penyakit-penyakit lidah ialah:
1.      Menutur perkataan yang tidak berguna.
2.     Mengejek, mencaci dan mengumpat.
3.     Berkata dusta, sumpah palsu, menceritakan rahsia.
4.     Mengutuk dan melaknat dan berkata-kata lucah.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaNya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya."
 (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 


"Berbahagialah bagi orang yang mampu mengawal lidahnya, dan luas rumahnya, dan menangis (kerana menyesali) kesalahannya."


(Hadis Hasan daripada Tsauban RA Riwayat Thabarany)




No comments:

Post a Comment