Imam Al Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Anak murid 1 : Kapas.
Anak murid 2 : Angin
Anak murid 3 : Debu
Anak murid 4 : Daun
Semua jawapan kamu itu benar tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat.
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'." (Al Mudassir : 42-43)
Rasulullah SAW bersabda, "Lima waktu sembahyang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)
Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan solat."
No comments:
Post a Comment