Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya.
Jamil: Ayah, tadi cikgu marah saya.
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tak dapat jawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itu pun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
PAK PANDIR KE KEBUN
Seperti biasa sebelum Pak Pandir hendak pergi memotong getah, Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Selepas itu pergilah Pak Pandir memotong getah.
“Hati-hati ya bang semasa di tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh hairan melihat Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya,
“Kenapa Bang?”
Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu. Papan tanda tu kata ‘DILARANG MEMOTONG’.”
BOS BARU
Ini kisah satu orang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai serta malas, bos baru ni berhajat hendak mengajar mereka sikit pada hari pertama dia kat kompani tu.
So, siapa-siapa yang dia nampak malas, dia akan pecat on the spot.
Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang menyandar di tepi dinding.
“Yang berbaju biru tu,” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
“Berapa gaji awak?” dia bertanya dengan nada yang agak keras.
“Dalam RM800.00,″ pekerja itu menjawab.
Bos itu pun berkata, “Nah ambil ni Rm800.00. Berambus dari sini. Kalau nak malas-malas pergi kerja tempat lain.”
Pekerja itu pun mengambil duit itu, lalu terus pergi begitu saja.
Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka faham; siapa malas, kena pecat!
Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam ofisnya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ, ”Mamat tadi tu kerja department mana?”
Jawap si pekerja, ”Owh, dia tu hantar pizza.”
No comments:
Post a Comment