Sunday, May 29, 2011

Kalau Kamu Tua...

Kalau kamu tua, berilah nasihat,

                    Kalau kamu muda,                      dengarlah nasihat.

-Peribahasa Cina-

Hadiah Terbaik

Hadiah Terbaik...
Kepada kawan --Kesetiaan
Kepada musuh --Kemaafan
Kepada ketua -- Khidmat
Kepada yang muda -- Contoh terbaik
Kepada yang tua -- Hargai budi diberi dan ketaatan
Kepada pasangan -- Cinta dan kesetiaan
Kepada manusia -- Kebebasan

Wednesday, May 18, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Gurukah kita?


Kalau Guru…

Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja perlu dikerah

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru kenal pelajar
Di luar kelas dia tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua murid dapat dibimbing

Kalau guru kencing berdiri
Murid pula kencing berlari

Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk

Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar penuh ralat

Kalau guru banyak cakap
Ada murid bertambah gagap

Kalau guru mengajar tanpa nilai
Tidak akan tahu murid pandai

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelas jadi hiruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru tak galakkan mencuba
Murid sekadar asyik menerima
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun

Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara

Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.....



Anonymous

Life is too short...

Life is too short; 
grudges are a waste of perfect happiness.  
Laugh when you can, apologize when you should and 
let go of what you can't change.  
Love deeply and forgive quickly.  
Take chances, give everything and have no regrets.  
Life is too short to be unhappy.  
You have to take good with the bad, 
smile when you're sad.  
Love what you got and always remember what you had.  
Always forgive, never forget.
Learn from your mistakes, but never regret.
Allah is your best bet.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

GURU OH GURU 
- USMAN AWANG 1979-


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Sunday, May 8, 2011

Senyum Sikit

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya.
Jamil:   Ayah, tadi cikgu marah saya.
Ayah:   Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil:   Tadi saya tak dapat jawab pertanyaan cikgu.
Ayah:   Apa yang cikgu tanya?
Jamil:   Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah:   Itu pun kamu boleh tak tahu!   Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!



PAK PANDIR KE KEBUN
Seperti biasa sebelum Pak Pandir hendak pergi memotong getah,  Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Selepas itu pergilah Pak Pandir memotong getah.
“Hati-hati ya bang semasa di tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh hairan melihat Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, 
“Kenapa Bang?”
Pak Pandir pun menjawab, “Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah.  Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu. Papan tanda tu kata ‘DILARANG MEMOTONG’.”


BOS BARU
Ini kisah satu orang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai serta malas, bos baru ni berhajat hendak mengajar mereka sikit pada hari pertama dia kat kompani tu.
So, siapa-siapa yang dia nampak malas, dia akan pecat on the spot. 
Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang menyandar di tepi dinding.
“Yang berbaju biru tu,” dia menjerit.  Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
“Berapa gaji awak?” dia bertanya dengan nada yang agak keras.
“Dalam RM800.00,″ pekerja itu menjawab.
Bos itu pun berkata, “Nah ambil ni Rm800.00.  Berambus dari sini.  Kalau nak malas-malas pergi kerja tempat lain.”
Pekerja itu pun mengambil duit itu, lalu terus pergi begitu saja.
Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka faham; siapa malas, kena pecat!
Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.  Sebelum bos itu masuk semula ke dalam ofisnya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ, ”Mamat tadi tu kerja department mana?”
Jawap si pekerja, ”Owh, dia tu hantar pizza.”

Selamat Hari Ibu!


Walau jiwa berkecai, kasih tetap membara.........

Ali Bin Abi Thalib: Keistimewaan Ilmu


Pernah Rasulullah SAW bersabda, "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya."

Pernyataan Rasulullah ini menimbulkan perasaan dengki kaum Khawarij kepada Ali bin Abi Thalib. Sepuluh orang dari mereka kemudian berencana menguji Ali dengan sebuah pertanyaan yang sama. Jika Ali boleh menjawab pertanyaan itu dengan jawapan yang berbeza-beza, baru mereka akan percaya pada hadith Nabi SAW di atas. Lalu masing-masing dari mereka menemui Ali dan mengajukan pertanyaan, "Wahai Ali, lebih istimewa mana antara ilmu dan harta?"

Dengan tenang namun tangkas, Ali bin Abi Thalib menjawab kesepuluh pertanyaan itu dengan jawaban yang berbeza-beza disertai dengan alasannya:

"Pertama, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Haman dan Fir'aun.

Kedua, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab ilmu selalu menjagamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus menjaganya.

Ketiga, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab orang berilmu akan memiliki banyak kawan, sedang orang kaya banyak musuhnya.

Keempat, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab ilmu bila dibahagikan akan bertambah, sedangkan harta bila dibahagikan akan berkurang.

Kelima, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab orang berilmu dipanggil dengan sebutan mulia, sedang orang berharta dipanggil dengan sebutan hina.

Keenam, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab ilmu tidak perlu dijaga, sedang harta minta dijaga.

Ketujuh, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab orang berilmu di hari kiamat dapat memberi syafa'at, sedangkan orang berharta di hari kiamat akan dihisab dengan sangat berat.

Kedelapan, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab ilmu jika dibiarkan tidak akan pernah rosak, sedang harta jika dibiarkan pasti akan berkurang (bahkan habis dimakan).

Kesembilan, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab ilmu menerangi hati, sedangkan harta boleh merosak hati (karena menyebabkan sifat kikir, takabur, dan lain-lain).

Kesepuluh, ilmu lebih istimewa dari harta. Sebab orang berilmu bersifat lemah lembut dan selalu taat kepada Allah, sedang orang berharta seringkali bersifat takabur dan ingkar kepada Allah."

Kemudian Ali Bin Abi Thalib berkata, "Seandainya seluruh kaum kalian datang dan mengajukan pertanyaan yang sama tentang istimewa mana ilmu dibanding harta, tentu aku akan menjawab seluruhnya dengan alasan yang berbeza selagi aku masih hidup." Akhirnya orang-orang Khawarij itu mengakui ketinggian ilmu Ali bin Abi Thalib.

Tuesday, May 3, 2011

Michael Bublé - Lost

Lost & Alone.....
It's part of life -- deal with it!!!
Allah knows what you're going through.....

Monday, May 2, 2011

Lihat Orang Di Bawah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, 
dan janganlah kamu melihat 
orang yang lebih tinggi daripada kamu; 
ianya lebih wajar, 
agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah."

(Riwayat Muslim)

....And I Complained...


....and 
I complained 
I had no shoes?@!?   

The Most Difficult Phase...

Sunday, May 1, 2011

....Dan Sengsara Itu

........dan sengsara itu diamnya di dalam hati,
bersulam pameran senyum dan tawa.