Sunday, June 23, 2013

Kisah Habib Al Najjar


Inspirasi Surah Yasiin sempena Nisfu Syaaban

Pada zaman dahulu negeri Anthokia, Syria (menurut kebanyakan ulama mufassirien, kawasan yang disebut Allah sebagai al--Qaryah dalam ayat yang ke-13 Surah Yasiin) diperintah oleh seorang raja musyrik yang kejam.  Untuk menyelamatkan rakyatnya daripada kekejaman tersebut, Allah telah mengutuskan dua orang rasul bernama Sama’an a.s. dan Yahaya a.s. ke sana untuk menyebarkan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. 

Kehadiran mereka ke negeri itu telah disanggah oleh penduduknya dengan kasar dan biadab sekali. Mereka telah diugut dengan ancaman siksa dan bunuh. Bagi menguatkan lagi kerja-kerja dakwah mereka, Allah telah mengutuskan seorang lagi rasul. Rasul yang ketiga ini tidak diketahui namanya kerana tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab suci. Hakikatnya ketiga-tiga orang rasul ini telah didakwa kepada penduduk negeri tersebut sepertimana yang dilakukan terhadap Nabi Isa a.s.

Walaupun semua penduduk di negeri berkenaan terus mendustakan rasul-rasul tersebut, namun ada juga seorang hamba Allah yang datang untuk mendengar dakwah mereka.  Lelaki tersebut bernama Habib al-Najjar. Beliau tinggal di pinggir kota negeri tu. Setelah mendengar semua para rasul tersebut, Habib al-Najjar pun merayu kaumnya supaya beriman.  Walau bagaimanapun seruannya ditolak oleh kaumnya dan akhirnya beliau sendiri dibunuh dengan kejam.

Kematian Habib al-Najjar disambut oleh para malaikat di pintu syurga dengan begitu meriah sambil mempersilakan masuk ke syurga dengan penuh sopan.
قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَالَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُون
بِمَا غَفَرَ لِي رَبّـِي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِين

“Dia disambut dengan ucapan, “Masuklah ke syurga!”. (Dan apabila Habib al-Najjar melihat segala nikmat syurga yang tidak terbayang olehnya, dia pun berkata), “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui (26) apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan” (27).


TAFSIR SURAH YAASIN DARI PERSPEKTIF SAINS DAN SEJARAH
~ Zawawi Haji Ahmad ~


No comments:

Post a Comment