Ibu Bapa:
1. Jagalah ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
2. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
3. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
Harta:
4. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
5. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
6. Seseorang yng membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
7. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
8. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
9. Bakhil terhadap apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
10. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seorang bakhil.
Ilmu:
11. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
12. Insan terbahagi kepada 3:
i. Mereka yang mengenal Allah.
ii. Mereka yang mencari kebenaran.
iii. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
(Golongan ketiga inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan mengikut sebrang ketua dengan buta seperti seekor kambing.)
13. Mengajar adalah belajar.
Amarah:
14. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
15. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.
16. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
17. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
18. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
19. Sifat menahan kemarahan alah lebih mulia daripada membalas dendam.
20. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Dari Kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan Kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh RA.
No comments:
Post a Comment