Wednesday, September 29, 2010

Mewarisi Papa

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

A Touch Of Love



       You were six months old and full of fun,
       With a blink of my eye, you were suddenly one.

       There were so many things we were going to do,
       But I turned my head and you turned two.

        At two, you were very dependent on me,
        But independence took over when you turned three,
        Your third birthday; another year I tried to ignore,
        But when I lit the candles, there weren't three, but four.

        Four was the year that you really strived,
        Why, look at you now, you're already five,
        Now you are ready for books and for rules,
        This is the year you go to school.

        The big day came, you were anxious to go,
        We walked to the bus going oh, so slow,
        As you climbed aboard and waved good-bye,
        I felt a lump in my throat and tears stung my eyes.

        Time goes so fast it's hard to believe,
        That just yesterday you were home here with me,
        And tomorrow when the bus brings you home,
        And you jump to the ground,
        You'll be wearing your cap and graduation gown.

        So I'm holding to these moments as hard as I can,
        Because the next time I look, I'll be seeing a man.


-Author unknown-

             

Monday, September 27, 2010

Tuesday, September 21, 2010

Allah memandang setiap usaha hambaNya.....




 PELAJAR catat penglihatan, Amirudin Abdullah,14, merupakan salah seorang daripada 494,493 calon yang menduduki UPSR di seluruh negara di Sekolah Pendidikan Khas Seremban. 21 Sept. - Utusan/ABD. RAZAK AIDLAH s


SALAH seorang murid daripada 219 pelajar SK Sultan Sulaiman 1 membaca doa sebelum mula menjawab soalan UPSR di Kuala Terengganu. 21 Sept. - Utusan/AZLAN BAHRUM


MOHD Danish Aiman, 12, pelajar sekolah khas dari Sekolah Kebangsaan Klang, Selangor terpaksa menggunakan kanta pembesar untuk menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini. 

Wants Versus Needs

I asked for strength…
And Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom…
And Allah gave me problems to solve.
I asked for courage…
And Allah gave me obstacles to overcome.
I asked for love…
And Allah gave me troubled people to help.
I asked for favours…
And Allah gave me opportunities.
 Maybe I received nothing I wanted…
But I received everything I needed. 
   Alhamdulillah….THANK YOU ALLAH!


-Anonymous-

Do not give in to sadness.....


Do not give in to sadness or desperation
for what you are going through today.
Allah knows how you feel.
Allah knows exactly and with perfection
what is being allowed to happen to you
in your life at this precise moment.

Allah's purpose for you is simply perfect.
He wants to show you things
that only you can understand
by living what you are living, 
and by being in the place you are now.
Always remember, you are not alone,
Allah is always with you.

-Anonymous-

Sahabat...

Tarikh:  19/09/10  Masa:  12.30am  Tempat:  KLIA


Sahabat,
jika dirasakan permata nilam itu indah,
indah lagi ukhuwwah yang terjalin sesama insan.

Monday, September 20, 2010

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal....

Tarikh:  19/09/10  
Masa:  12.30am
Tempat:  KLIA
Destinasi:  University Al Azhar, Kaherah, Mesir.


"Kemudian, 
apabila kamu telah membulatkan tekad, 
maka bertawakkallah kepada Allah.  
Sesungguhnya, 
Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal."  
(Surah Ali Imran:159)



Kekuatan


Kekuatan 
tidak datang dari 
kemampuan fizikal
tetapi
ianya datang 
dari 
semangat yang 
tidak pernah mengalah.

Friday, September 17, 2010

Anak Dagang


Nur 
Ajmal Syakirin 
Binti 
Abdul Halim

Anak Dagang


Anak dagang di rantau orang, 
biar pandai membawa diri,
Jaga tutur kata, 
jaga cermat peri bahasa,
selalu berbudi tinggi, 
biar merendah, 
kata orang jangan dibantah, 
fikir dahulu sebelum berkata.

Anak dagang negeri orang, 
jika selalu meninggikan diri, 
sombong dan iri hati, 
mementingkan kemahuan sendiri,
akhirnya mendapat keji,

Peribahasa:
manis jangan terus ditelan,
 pahit jangan terus dibuang.

   Nyanyian:  Kamariah Noor / Sudirman

Thursday, September 16, 2010

Khabar Gembira Bagi Mereka Yang Mencari Keampunan Allah

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas daripada melakukan kesalahan. 

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." (HR Ahmad).

Bahkan, barangsiapa yang melakukan kesalahan yang sepatutnya dijatuhi hukuman hudud sekalipun ke atasnya, lalu Allah SWT menutupi keaibannya itu, maka dia seharusnya menyembunyikan keaibannya itu lalu bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang melakukan kesalahan hudud lalu disegerakan hukumannya di atas dunia, maka adalah Allah terlalu adil untuk mengenakan padanya hukuman kali kedua di akhirat. Barang siapa yang melakukan kesalahan hudud lalu kesalahannya ditutup oleh Allah SWT, sehingga dia terlepas darinya, maka Allah adalah teramat pemurah untuk menghukum orang yang telah dilepaskan dari hukuman oleh-Nya." (HR Ahmad, dia berkata hasan gharib. Al-Hakim, dia berkata sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim).


Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:



إِنَّ اللهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُوْلُ: أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا، أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا؟ فَيَقُوْلُ: نَعَمْ، أَيْ رَبِّ. حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوْبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ، قَالَ: سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ. فَيُعْطِي كِتَابَ حَسَنَاتِهِ …



Sesungguhnya (di hari penghisaban nanti) Allah mendekatkan seorang mukmin, lalu Allah meletakkan tabir dan menutupi si mukmin (sehingga penghisabannya tersembunyi dari orang-orang yang hadir di mahsyar). Allah berfirman: ‘Apakah engkau mengetahui dosa ini yang pernah kau lakukan? Apakah engkau tahu dosa itu yang dulunya di dunia engkau kerjakan?’ Si mukmin menjawab: ‘Iya, hamba tahu wahai Rabbku (itu adalah dosa-dosa yang pernah hamba lakukan).’ Hingga ketika si mukmin ini telah mengakui dosa-dosanya dan ia memandang dirinya akan binasa karena dosa-dosa tersebut, Allah memberi khabar gembira padanya: ‘Ketika di dunia Aku menutupi dosa-dosamu ini, dan pada hari ini Aku ampuni dosa-dosamu itu.’ Lalu diberikanlah padanya catatan kebaikan-kebaikannya…” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)





Khabar Gembira Bagi Mereka Yang Menutup Aib Saudaranya (Orang Lain)

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ …
Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. 
Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. 
Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. 
Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” 
(HR. Muslim no. 2699)

Abdullah bin ‘Umar ra berkata, “Suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi:

يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يُفْضِ اْلإِيْمَانُ إِلَى قَلْبِهِ، لاَ تُؤْذُو الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تُعَيِّرُوْهُمْ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ، يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ 

“Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesama muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya.” 
(HR. At-Tirmidzi no. 2032, dihasankan Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad Mimma Laisa fish Shahihain, hadits no. 725, 1/581)
Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana Allah AWT dan kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa musibah atau balasan jahat dengan sebab perbuatan salah itu.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Lahir Ke-22 Dengan Iringan Doa Restu.....

Nur Jameelah Sobrina 
Binti Abdul Halim.....

Dunia adalah perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan 
adalah 
wanita solehah.

"Hidup ini adalah 
keyakinan dan perjuangan, 
dan perjuangan mukmin yang sejati 
tidak akan berhenti 
kecuali kedua tapak kakinya 
telah menginjak pintu syurga." 
(Imam Ahmad Bin Hanbal)


Tuesday, September 7, 2010

Wali Band - Taubat Maksiat



Dengarlah hai sobat (sahabat), saat kau maksiat, dan kau bayangkan ajal mendekat,
Apa kan kau buat, kau takkan selamat, pasti dirimu habis dan tamat.
Bukan ku sok taat, sebelum terlambat, ayuh sama-sama kita taubat,
Dunia sesaat, awas kau tersesat, ingatlah masih ada akhirat,
Astaghfirullahal'azim.

Ingat mati, ingat sakit,
Ingatlah saat kau sulit,
Ingat ingat, hidup cuma satu kali,
Berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat,
Ingat ingat sobat, ingatlah akhirat,
Cepat ucap: Astaghfirullahal'azim.

Pandanglah ke sana, lihat yang di sana mereka yang terbaring di tanah,
Bukankah mereka pernah hidup juga, kita pun kan menyusul mereka,
Aastaghfirullahal'azim.

Wednesday, September 1, 2010

Amalan Yang Sangat Mudah

Kehebatan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
  
1. Ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah, Rasulullah SAW menjawab:
"Jibrail datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim." 
(Darulquthni dan Ibnu Umar RA) 

2.  Sabda Baginda SAW lagi: 

i)  "Ismullahil-A'zham ialah Allah.  Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain?" 
(Imam Bukhari dari Jabir) 
     
ii)  "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat dan bertambahlah iman para Malaikat. Dan tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." 
(Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah RA)

iii)  "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiim selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
(Dari Anas bin Malik)
iv)  "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai." 
(Dari Abu Hurairah RA)
  
v)  "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."
(Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a.)

vi)  "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai."  Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah. 
(Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud RA)

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah.