1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak,
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini
belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang
tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang
alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia
pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam
kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat
jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf
dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang
kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi
hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosanya akan diampuni
oleh Allah.
Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment