“Tidak!
Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat
baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka
dan mereka tidak bersedih hati.”
(Al-Baqarah:
112)
Di antara perilaku orang-orang yang beriman ialah
apabila mereka ditimpa sesuatu yang tidak menyenangkan, mereka akan mengkaji
sebab-sebab berlakunya dan berusaha kuat untuk mengatasinya. Kalau belum juga dapat di atasi, ia
menyerahkan permasalahan itu kepada Allah.
Niat mereka tidak sedikit pun menjadi lemah dan hati mereka juga
menyedari bahawa untuk mengatasi semua kesusahan itu dia menyerahkan diri
kepada kekuatan yang hakiki, iaitu Allah.
(Al-Quran Al-Karim – Istimewa Untuk Muslimat –
Karya Bestari)
Anakanda-anakanda,
Pegang ayat di atas ini betul-betul sampai bila-bila.
Persoalannya
sekarang:
1. Sudahkah mengkaji?
2. Sudahkah berusaha keras?
3. Sudahkah beramal soleh?
4. Sudahkah berserah diri?
Perlu berfikir panjang dan mendalam, bukan pendek hanya untuk mudah
selesai tapi pada hakikatnya tidak selesai malah lebih merumitkan. Senaraikan pilihan yang ada dan senaraikan segala
kebaikan dan keburukan atas pilihan-pilihan tersebut.
Fikir betul-betul untuk senang masa akan datang, bukan senang di saat
itu sahaja. Fikir dengan tenang jangan untuk
melepaskan geram.
Iringkan segala usaha dengan amalan lain contohnya seperti bermuhasabah dan bersolat hajat.
Jangan dilupa pesanan, nasihat, teguran waima amarah orang-orang tua
yang sentiasa mendoakan orang-orang muda.
Sebenarnya banyak kebenaran datang daripada mereka jika dilihat dengan
mata hati yang ikhlas. Ingkar jangan
sekali.
Kalau ingkar dengan orang-orang tua pun tidak boleh, apatah lagi dengan
Kuasa Yang Hakiki. Bukankah Kuasa Yang
Hakiki tempat penyerahan abadi?
Yakin
dan jangan gentar kerana Allah ada.
Berpesan
demi sayang kerana Allah Taala.