Thursday, March 28, 2013

Biar Miskin Harta...


Biar miskin harta,
asal kaya
budi bahasa.
Harta
menggunung tinggi,
akhlak buruk
semua orang benci.

Monday, March 25, 2013

Kejayaan...

    Kejayaan bukan warisan,

kegagalan bukan tradisi.

Health Makes...

Health makes all things possible.

Wealth makes all things work.
Love makes all things beautiful.

(Dr Naim & May -18/4/05)

Hutang



Sesiapa...




Sesiapa menjaga percakapannya,
dianugerahkan kepadanya hikmah.

Sesiapa menjaga penglihatannya,
dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

Sesiapa yang menjaga makanannya,
dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

Sesiapa yang bersabar di atas ujian yang bersangatan
lalu disempurnakan sabarnya,
Allah memasukkanya dalam syurga mana yang ia suka.

Sesiapa yang menjaga daripada ketawa,
dianugerahkan kepadanya hebat.

Sesiapa yang menjaga daripada bergurau,
dianugerahkan kepadanya kemuliaan.

Sesiapa yang meninggalkan cinta dunia,
dianugerahkan kepadanya cinta akhirat.

Sesiapa yang meninggalkankesibukan mencari kesalahan orang lain,
dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

Sesiapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan
pada perbuatan Allah,
dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

--Umar Al-Khattab RA--

Thursday, March 21, 2013

Thursday, March 7, 2013

Merendah Diri...

Muhasabah…
“Dan hamba-hamba yang baik
dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu
ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi
dengan rendah hati
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,
mereka mengucapkan kata-kata
yang mengandungi keselamatan.”
(Surah Al-Furqan-63)

Ketika Nabi Muhammad SAW mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman,
Mu'adz berkata, “Ya Rasulullah, nasihatilah aku."
Maka Nabi Muhammad SAW menunjukkan lidahnya
dan berkata, “Jagalah lidahmu.” 
Mu'adz menganggap itu remeh, maka ia berkata,  
“Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." 
Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Celaka engkau.
Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus
dalam neraka jahannam itu kerana mukanya,
tidak lain hanya hasil dari lidahnya."

"Dan barangsiapa yang merendah diri kerana Allah,
Allah akan meninggikan darjatnya."
(Riwayat Sohih Muslim)