Monday, November 28, 2011

Bukalah Mata...


Bukalah mata.  
Mata; sepasang pancaindera kurniaan Allah kepada hamba-hambanya yang bertuah.  Bertuah, kerana tidak semua hambanya mendapat nikmat yang hebat ini.  
Mata yang dipinjamkan dan diamanahkan ini adalah untuk mentauhidkan Allah.  Mentauhidkan Allah bererti mengesakan Allah.  
Mengesakan Allah bererti melihat kehebatan Allah.  
Matahari yang terbit dan terbenam, bulan yang mengambang, lalat yang berterbangan, unta yang berperjalanan semua adalah pandangan 
yang sepatutnya dikembalikan kepada kehebatan Allah.  
Saksikanlah segala kejadian yang nyata dan yang tersembunyi 
semua datang dari kebijaksanaan kerajaan Allah.  
Namun begitu,  setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat.   
Bila kita leka dan lalai dalam mentauhidkan Allah, maka kita akan hanya nampak kehebatan manusia sehingga lupa pada ilmu mendekatkan diri kepada Allah.  
Kufurlah nikmat jika anugerah mata ini tidak dicelikkan untuk mencari kehebatan dan keajaiban yang jelas dari Maha Pencipta. 
 Jangan biarkan diri hidup dalam kejahilan.  
Bertauhidlah kepada Allah agar kalimah syahadah terpelihara teguh 
di dalam diri kita sehingga kita berjumpa dengan Allah kerana 
apabila kita bertemu Allah ada soalan yang perlu dijawab.  
Bersediakah kita?  
Bersediakah saya? 

Cetusan rasa inspirasi daripada:
Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus,
Masjid AlFalah, USJ 9,
1 Muharram 1433,
27 November 2011.

No comments:

Post a Comment