Saturday, July 9, 2011

Seindah Tangan Ibu...

Kiriman dari internet.
Sekadar memanjangkan cerita untuk teladan dan ingatan.


Ibu mengajak saya untuk membeli-belah bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli-belah bersama orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. 

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai di bilik mencuba dengan lamanya dan mengembalikan semula di tempatnya.  Seiring hari yang berlalu , saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu. 


Akhirnya, di butik terakhir yang kami kunjungi,  ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .  Oleh kerna ketidaksabaran saya, maka untuk  kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam bilik mencuba.  Saya melihat bagaimana ibu dengan susah mencuba untuk memakai pakaian tersebut.  Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit  radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya.  Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya keluar dari bilik tersebut dan  cuba  menyembunyikan air mata.  Setelah saya tenang kembali saya masuk semula dan menolong ibu mencuba pakaian tersebut dan seterusnya membelinya.


Sepanjang sisa hari itu , fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam bilik mencuba tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya.  Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi saya, memandikan saya , memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, membasuh pinggang mangkuk, pakaian serta tandas saya dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang  telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas.


Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya dan memegang tangannya, lantas  menciumnya dan membuat ibu terkejut.  Saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.  Saya sangat bersyukur bahwa Allah telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih saying dan pengorbanan seorang ibu.


Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban , segala ciptaan  Allah yang begitu agung, tetapi tidak satu pun dapat menandingi keindahan tangan seorang ibu. 

Berbahagialah mereka yang masih memiliki ibubapa, dan rugilah bagi mereka yang mengabaikan ibubapa yang masih ada.

No comments:

Post a Comment