Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Sunday, August 4, 2013
Sunday, June 23, 2013
Kisah Habib Al Najjar
Inspirasi Surah Yasiin
sempena Nisfu Syaaban
Pada zaman dahulu negeri Anthokia, Syria (menurut
kebanyakan ulama mufassirien, kawasan yang disebut Allah sebagai al--Qaryah dalam
ayat yang ke-13 Surah Yasiin) diperintah oleh seorang raja musyrik yang kejam. Untuk menyelamatkan rakyatnya daripada
kekejaman tersebut, Allah telah mengutuskan dua orang rasul bernama Sama’an a.s.
dan Yahaya a.s. ke sana untuk menyebarkan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi
Isa a.s.
Kehadiran mereka ke negeri itu telah disanggah
oleh penduduknya dengan kasar dan biadab sekali. Mereka telah diugut dengan
ancaman siksa dan bunuh. Bagi menguatkan lagi kerja-kerja dakwah mereka, Allah
telah mengutuskan seorang lagi rasul. Rasul yang ketiga ini tidak diketahui
namanya kerana tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab suci. Hakikatnya ketiga-tiga
orang rasul ini telah didakwa kepada penduduk negeri tersebut sepertimana yang
dilakukan terhadap Nabi Isa a.s.
Walaupun semua penduduk di negeri berkenaan
terus mendustakan rasul-rasul tersebut, namun ada juga seorang hamba Allah yang
datang untuk mendengar dakwah mereka. Lelaki
tersebut bernama Habib al-Najjar. Beliau tinggal di pinggir kota negeri tu.
Setelah mendengar semua para rasul tersebut, Habib al-Najjar pun merayu kaumnya
supaya beriman. Walau bagaimanapun
seruannya ditolak oleh kaumnya dan akhirnya beliau sendiri dibunuh dengan
kejam.
Kematian Habib al-Najjar disambut oleh para
malaikat di pintu syurga dengan begitu meriah sambil mempersilakan masuk ke
syurga dengan penuh sopan.
|
قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَالَيْتَ
قَوْمِي يَعْلَمُون
|
|
بِمَا غَفَرَ لِي
رَبّـِي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِين
|
“Dia
disambut dengan ucapan, “Masuklah ke syurga!”. (Dan apabila Habib al-Najjar
melihat segala nikmat syurga yang tidak terbayang olehnya, dia pun berkata),
“Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui (26) apa yang menyebabkan Tuhanku
memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan”
(27).
TAFSIR SURAH YAASIN DARI PERSPEKTIF SAINS
DAN SEJARAH
~ Zawawi Haji Ahmad ~
15 May 2013
Binti Abdul Halim
Congratulations!
"O Allah, I seek
refuge in Thee from four things:
knowledge which
does not profit,
a heart which is
not submissive,
a soul which has an
insatiable appetite,
and a supplication
which is not heard."
From Abu Hurairah (r.a.) Abu Dawud :: Book 8 : Hadith 1543
From Abu Hurairah (r.a.) Abu Dawud :: Book 8 : Hadith 1543
27 May 2013
Saujana - Suci Sekeping Hati
Hiburan selingan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa di seluruh dunia yang masih berjuang untuk menjadikan anak-anak (dan of course diri mereka sendiri) sebagai ahli syurga (tanpa hisab - I'm not asking too much, am I?).
Hidup
seorang ibu (dan ayah):
waktu muda dilambung resah (bimbangkan
anak-anak yang masih kecil…),
bila tua dilambung rasa (almaklum...anak-anak dah
besar) .
(kata orang dulu-dulu laa…bukan kata saya)
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Saturday, June 22, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






